3 Isu Utama Pakej Umrah di Malaysia Sekarang


Dalam pada kita sibuk memberikan yang terbaik kepada bakal jemaah umrah, sosial media di Malaysia juga tidak kurang sibuknya. Ada pelbagai isu yang melanda dan pagi ini, admin nak berkongsi 3 faktor utama yang telah menjejaskan industri pakej umrah.

1. Penipuan Pakej Umrah (scam!)
Ini merupakan isu yang PALING PANAS sekali dalam industri umrah di Malaysia. Penipu ataupun scammer ini cukup bijak dalam memperdaya dan menipu niat baik bakal jemaah dengan menawarkan pelbagai pakej menarik yang susah untuk ditolak.

Admin suka untuk mengingatkan bakal jemaah supaya mengambil inisiatif yang lebih setiap kali mendapat brosure atau katalog promo dari agen umrah yang tidak dikenali.

Insiden membayar duit deposit, duit booking dan duit flight dari bakal jemaah umrah selalu berlaku walaupun pakej umrah itu tidak wujud. Nilai kerugian pula bukannya seribu dua tapi melibatkan ratusan/jutaan ringgit.
Di laman blog rasmi Pakej Umrah ini, ada banyak artikel yang dikongsikan dalam memerangi penipuan umrah ini. Contohnya artikel Cara Mengenali Pakej Umrah Palsu.
Tips pakej umrah yang lain boleh dibaca di sini.

3. Isu TA (Travel Agency) Yang Panasss…

Isu servis dan khidmat sokongan travel agency/agensi umrah kebelakangan ini sepertinya semakin membimbangkan.

Ada dikalangan TA yang terus-terusan mengambil bayaran dari jemaah tanpa membuat pengesahan mengenai flight dan juga penginapan jemaah mereka di Arab Saudi.

Lihat salah satu contoh post di group Facebook yang semakin hari semakin diviralkan:

3. Isu Berbangkit di Arab Saudi.

Ini pula merupakan antara masalah yang SUSAH untuk diatasi kerana ianya melibatkan pemilik hotel di Arab Saudi. Keadaan ini jika berlaku, boleh menimbulkan kekacauan dan juga fokus ibadah jemaah di Haramain.

Ada banyak lagi situasi yang berlaku apabila jemaah tiba di Haramain. Walaupun semuanya sudah dibayar tapi perubahan pakej masih boleh berlaku tanpa sebarang amaran.

Paling kerap berlaku, apabila insiden yang berpunca dari perbuatan pemilik hotel di sana yang menyebabkan ada di antara jemaah terus menyalahkan pihak TA atau agensi mereka sendiri atas kejadian tersebut.

Admin berharap kepada semua jemaah yang berhadapa dengan situasi seperti ini, mohon berurusan terus dengan mutawif atau wakil dari agensi umrah masing-masing. Moga kita semua mendapat umrah yang mabrur… aminnn…