Soalan Yang Harus Ditanya Kepada Agen Umrah (sebelum ditipu)


Dalam artikel yang telah dikongsikan sebelum ini di sini, admin ada menyatakan beberapa isu yang selalu terjadi.

Namun, ada satu lagi situasi yang sebenarya harus diselidiki oleh BAKAL JEMAAH sebelum mereka membuat keputusan untuk membuat pembayaran kepada mana-mana agen.

Ini disebabkan admin pernah bertanya dan melihat sendiri ramai bakal jemaah yang terus-terusan mempercayai satu post di FB group.
Agen tersebut hanya meletakkan sedikit kata-kata promosi beserta link WASAP/TELEGRAM dan apa yang berlaku selanjutnya di dalam group tersebut sanbat mengejutkan. Urusan soaljawab mengenai harga dan cara pembayaran berlangsung dengan rancakk!!

Begitu mudah bakal jemaah “bersangka baik” kepada agen sebegitu.

Cuba perhatikan iklan dan promosi umrah yang tular di media sosial sekarang…. cukup menakutkan. Rata-rata mereka tidak sertakan info lengkap atau “kesahihan” pakej umrah yang ingin dijual.

Sebagai contoh, kita boleh persoalkan:

  • Siapa orang yang menjual pakej itu?
  • Syarikat umrah mana yang diwakilinya?
  • Adakah pakej umrah itu benar-benar wujud?
  • Adakah travel/agency atau agensi umrah itu juga wujud?
  • Adakah penjual pakej itu sememangnya AGEN SAH yang dilantik oleh syarikat pelancongan (umrah) tersebut?
  • Kenapa tidak dilihatkan wajah sendiri di Facebook dan di Whatsapp/Telegram jika dia benar-benar seorang agen/mutawif/mutawwifah yang dilantik?
  • Mengapa semua urusan mesti dilakukan di Whatsapp/Telegram.. sampai tidak boleh berjumpa secara face to face?

Atas dasar itulah maka kami datangkan solusi atau penyelesaian.

Salah-satunya melalui konsep INTROPAGE LENGKAP yang akan merangkumi semua “marketing channel” untuk kemudahan anda dalam memasarkan PAKEJ UMRAH secara online kerana iklan di PakejUmrah.my mempunyai Blog, link Whatsapp, Video Marketing dan juga Sosial Media (FB Group).

(slide jadual ke kiri dan ke kanan untuk paparan di phone)

Pakej Iklan Pakej Intro Page Artikel Blog FB Page
Beriklan YA YA Kekal Kekal
Tidak Beriklan Tiada Tiada Kekal Kekal

Oh ya, jika mengikut laman web Motac, terdapat 867 senarai syarikat yang mempunyai LKU (Lesen Khas Umrah).

Tapi untuk portal iklan di Pakej Umrah Dot My, slot iklan umrah yang ditawarkan setiap bulan adalah TERHAD.

Adakah pakej anda berada di dalam slot yang istimewa ini?

Jika anda ingin bersama-sama dengan syarikat agensi umrah yang lain di dalam slot Top 20 Pakej Umrah, teruskan pembacaan anda di sini!