Ini merupakan antara kes terbaru yang melibatkan pakej umrah dan juga agensi yang mengendalikan umrah.
Enam individu termasuk pengarah dan kakitangan syarikat pelancongan yang dipercayai terlibat dalam sindiket rasuah pengagihan kuota tiket penerbangan umrah membabitkan nilai RM10.8 juta ditahan reman empat hari, bermula Jumaat.
Menurut sumber, kesemua suspek itu ditahan secara berasingan dalam operasi khas di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Kedah.
“Agensi-agensi pelancongan umrah terpaksa membayar kos tambahan berbentuk rasuah ini bagi memastikan kuota jemaah mereka mendapatkan tempat duduk penerbangan. Ini merupakan antara faktor kenapa harga tiket penerbangan umrah tinggi,” katanya.Tambah sumber berkenaan, baru-baru ini, timbul isu berhubung kenaikan harga tiket penerbangan bagi mengerjakan umrah kerana terdapat sindiket yang memonopoli kuota tiket dan penjualan tiket dengan harga yang tinggi.
Kami berharap dengan tertumpasnya sindiket ini, harga pakej umrah tidak lagi mencanak tanpa sebab yang memungkinkan harga pakej umrah berubah tanpa kawalan secara mendadak.