Info ini admin dapat dari hasil carian di Google. Admin rasa ianya sangat bagus untuk pemahaman mudah bagi mengenalpasti pakej umrah yang palsu.
Walaupun sebelum ini admin ada kongsikan lebih banyak tips untuk pengguna di sini, tapi 3 langkah ini yang mudah ini juga sangat valid untuk diusahakan.
1. Harga pakej di bawah RM 4900. Harga merupakan faktor yang sering diutamakan dahulu dalam mana-mana pemilihan pakej berbanding reputasi dan servis perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat pelancongan.Majlis Kawal Selia Umrah (MKSU) telah menetapkan bahawa harga lantai bagi pakej umrah standard ekonomi selama 12 hari 10 malam adalah tidak boleh kurang daripada RM4,900.
Ini bermakna anda perlu memastikan pakej yang ditawarkan bermula pada harga RM 4,900 dan ke atas. Walaubagaimanapun, penipu tetap juga menipu. Ada yang menipu pada harga pasaran seperti RM6000… RM7000…
● Jadual perjalanan
● Tiket penerbangan pergi dan balik
● Jarak dari hotel ke masjid
● Jenis bilik penginapan
● Pengangkutan
● Mutawif
● Skim Takaful Umrah bagi tujuan kecemasan, sakit atau meninggal
dunia.
Syarikat yang mempunyai LKU ini terbahagi kepada dua kategori. Kategori pertama adalah berstatus Muasassah dan kedua; bukan Muasassah.
Muasassah bertanggungjawab menyediakan tempat penginapan, pengangkutan, bimbingan ibadah umrah/haji dan juga keperluan umum jemaah sepanjang di Tanah Suci.
Semakan pengalaman pengurusan jemaah sesebuah syarikat pelancongan boleh dibuat melalui maklumbalas yang diberikan oleh jemaah melalui akaun media sosial syarikat tersebut.
3. Menggunakan khidmat orang tengah untuk mengutip bayaran daripada jemaah Risiko untuk ditipu amat tinggi apabila pembayaran dibuat kepada wakil syarikat persendirian, koperasi atau yayasan kerana mereka ini tidak dilesenkan sebagai pengendali pakej umrah.Pastikan resit pembayaran yang diterima dikeluarkan atas nama syarikat pelancongan. Bakal jemaah juga perlu menyimpan resit pembayaran, risalah, brosur dan dokumen berkaitan pakej umrah yang ditawarkan.
SEMAKAN TERKINI:
***************
Klik https://www.motac.gov.my/semakan/umrah
Kredit kepada:
Kausar Ismat’ Anunu
Dekan Fakulti Pengajian Kontemporari Islam
Kolej Profesional Baitulmal KL