Assalamualaikum semua.
Didoakan anda semua dalam jagaan Allah sentiasa.
Jika anda masih lagi mencari pengelola umrah yang terbaik, hari ini kami nak kongsikan satu lagi info yang mungkin membantu semua bakal peserta umrah.
Ibadah umrah merupakan antara ibadah yang dituntut bagi mereka yang mampu.Walaubagaimanapun, setiap ibadah itu ada cara dan kaedahnya yang perlu diikuti dan dilaksanakan dengan sempurna.
Oleh itu, antara kelebihan bagi jemaah yang memilih pekej umrah bersama El Izzah Travel and Tours, kami sememangnya menyediakan Kursus Umrah Bersiri.
Tujuan kursus umrah bersiri ini dianjurkan adalah untuk memberikan lebih pemahaman dan juga pengalaman awal sebelum bertolak ke tanah suci bagi ibadah umrah.
Jemaah perlu menghadiri sekurang-kurangnya 4 kali kursus umrah kami, sebelum berangkat ke bumi Haramain.
Contohnya:
Apabila ada di antara jemaah terpisah daripada team semasa melakukan tawaf, jadi jemaah yang dibekalkan tips dan ilmu ketika menghadiri kursus umrah tidak akan hilang punca dan tahu apa yang perlu dilakukan.
- Taa’ruf/ Pengenalan Umrah
- Perjalanan Umrah
- Hukum Hakam dan 13 Pantang Larang Umrah
- Fiq/Permasalahan Wanita
Secara peribadi, kami boleh katakan itu adalah antara topik-topik utama yang wajib bakal jemaah hadham betul-betul.
Selain dari itu, ada lagi beberapa sub topik yang menarik dan pastinya sangat membantu bakal jemaah dalam memperoleh ibadah umrah yang nikmat dan sempurna. Insyaa Allah…
Jika kami dapat membantu anda, secara tak langsung kami juga akan mendapat pahala yang sama ke arah kebaikan.
Nak tak kalau kami share kupasan topik- topik umrah ini? Nantikan hantaran artikel yang berikutnya.
Pertanyaan mengenai umrah, sila hubungi kami untuk keterangan lanjut. Bersama El Izzah, kami santuni anda bagai keluarga sendiri!
Jika anda inginkan penerangan lanjut, hubungi saya di El Izzah Travel and Tours.
Call: Ustaz Marzuki011-1543 2707
EL Izzah Travel And Tours Sdn Bhd
No 33 & 35, Jalan Wawasan,
Perniagaan Wawasan,
86200 Simpang Renggam, Johor. .
Atau tekan sahaja link Wasap di bawah:
Ustaz Marzuki

Intropage Kami *Ustaz Marzuki dan isteri merupakan agen SAH yang berdaftar.
Di bawah ini adalah butiran Lesen Khas Umrah (LKU) syarikat untuk rujukan anda:
KPK/LN :7676 (IOT)(LKU) CO. NO. (1007647-V).