Pakej Umrah MURAH? – sila jangan percaya!


Musim umrah bakal tiba. Seperti biasa kita akan lihat banyak pakej umrah yang ditawarkan di media-media sosial.

Dalam pada agensi pelancongan yang mengendalikan pakej umrah sibuk memberikan tawaran yang menarik, kita sebagai pengguna perlulah berhati-hati dengan tawaran yang tidak masuk akal.

Akan ada tawaran-tawaran yang nampak murah, tapi sebenarnya tawaran itu tidak wujud. Malah telahpun dinyatakan di dada akhbar supaya JANGAN TERUS terima tawaran murah tersebut.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun K C Ahmmu berkata, pihaknya dan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah dan Haji (Papuh) serta Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) telah bersetuju menetapkan pakej umrah pada kadar RM7,890 untuk seorang.

Di sini admin kongsikan panduan yang Insya Allah dapat membantu orang ramai di luar sana dalam memilih pakej umrah yang sesuai dengan kehendak masing-masing:

  • Semak daftar lesen agensi umrah tersebut
  • Selidik latar belakang agensi pengendali umrah
  • Kandungan asas katalog agensi/li>
  • Fahami dengan betul pakej umrah yang ditawarkan
  • Membuat kajian perbandingan harga pakej-pakej yang ditawarkan
  • Fahami cara pembayaran
  • Ganti rugi jika berlaku pembatalan
  • Agensi yang disenarai hitam

Kredit info dari Kopetro Travel