Kenaikan harga pakej umrah merupakan antara pembolehubah yang paling ekstrem dalam industri umrah ziarah, lebih-lebih lagi pada tahun 2023 ini.
Bagi kebanyakan TA (travel agent/agensi umrah), kenaikan ini sangat merunsingkan dan membuatkan mereka dalam keadaan terdesak.
Ketidakstabilan harga perkhidmatan ibadah umrah juga menyaksikan jemaah terpaksa menanggung kenaikan melebihi 50 peratus berbanding pakej asal yang ditempah.
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, situasi itu dikesan mula berlaku sejak November lalu, ekoran daripada kenaikan jemaah umrah selepas Arab Saudi membenarkan penggunaan visa pelancongan untuk tujuan ibadah berkenaan.
Agensi umrah terpaksa berhempas pulas dalam menaikkan kembali kepercayaan dan keyakinan bakal jemaah yang kini semakin keliru.
Diharap semua bakal jemaah dan agensi umrah dilimpahi rezeki supaya dapat mendepani harga umrah yang kian meningkat.