Pengalaman Di Jabbal Uhud (Bukit Arrimah)


Assalamualaikum WBR,

Salah satu tempat ziarah Madinah yang termasuk dalam jadual perjalan umrah El Izzah Travel And Tours ialah melawat makam Syuhada di Jabbal Uhud.

Terletak 4.5 kilometer di sebelah utara Kota Madinah.

Seramai 70 orang syuhadah dimakamkan di situ termasuk bapa saudara nabi Muhammad SAW iaitu Saidina Hamzah bin Abdul Mutallib.

 Perang Uhud terjadi pada 15 Syawal tahun 3 Hijrah atau bulan Mac tahun 625 Masehi 
Perang dahsyat ini melibatkan antara kaum muslimin yang berasal dari Madinah yang dipimpin Nabi Muhammad SAW dengn kaum musyrikin Quraisy dari Makkah.

Akibat Degil Dan Ingkar Arahan
Pada awalnya kaum muslimin seramai 700 orang itu telah berjaya menewaskan tentera Quraisy yang dikatakan 3000 orang jumlahnya

Namun, akibat para pemanah yang berada di atas Gunung Arrimah tergoda melihat barang-barang berharga yang ditinggalkan oleh kaum musyrikin, mereka akhirnya, meninggalkan pos kawalan di puncak Bukit Arrimah(Bukit Pemanah.


Kesan dari ingkar arahan Rasulullah, supaya tidak turun dari bukit itu, tentera muslimin akhirnya mengalami kekalahan.

Dari kisah ini, jelas menunjukkan bahawa dalam mana-mana sesebuah organisasi, apabila telah dilantik seorang ketua dikalangan mereka, ikutlah saranan dan juga perancangan yang telah diberikan.

Perpecahan dan tiada kesepakatan akhirnya akan membawa kepada perpecahan.

Baiklah.
Kami mempunyai banyak lagi info untuk dikongsikan dengan anda terutamanya kisah-kisah sirah. Jika anda suka dengan perkongsian sebegini, boleh terus ikuti blog kami.

Pertanyaan mengenai umrah, hubungi kami untuk keterangan lanjut. Umrah bersama kami di El Izzah, terasa bagaikan bersama keluarga.

“Allah Tidak Panggil Mereka Yang Mampu Tapi, Allah Panggil Mereka Yang Mahu

Kami bersedia memberi bimbingan dari awal hingga akhir. Insya Allah.

Call:
  Ustaz Marzuki
011-1543 2707
EL Izzah Travel And Tours Sdn Bhd
No 33 & 35, Jalan Wawasan,
Perniagaan Wawasan,
86200 Simpang Renggam, Johor. 
.
Atau tekan sahaja link Wasap di bawah:
Ustaz Marzuki

Intropage Kami
*Ustaz Marzuki dan isteri merupakan agen SAH yang berdaftar.
Di bawah ini adalah butiran Lesen Khas Umrah (LKU) syarikat untuk rujukan anda:
KPK/LN :7676 (IOT)(LKU) CO. NO. (1007647-V).