Dalam mengendalikan pakej umrah, sebuah syarikat yang ingin pakej mereka mendapat sambutan mestilah memberikan yang terbaik untuk bakal peserta masing-masing.
Peserta umrah sebenarnya amat memerlukan info yang menarik terutamanya dari segi promosi dan juga pemasaran. Ini akan mempengaruhi keputusan syarikat mana yang mereka akan sertai kelak.
Meskipun ada banyak tawaran melalui brosure yang dipaparkan secara online, tapi ada juga brosure yang GAGAL menarik perhatian peserta.
Jadi apakah faktor utama yang menjadikan brosure pakej umrah KURANG MENARIK?
Jawapannya adalah COPYWRITING atau AYAT MEMPENGARUH.
Copywriting sangat mempengaruhi minat prospek/bakal peserta umrah. Jika kita hanya setakat menggunakan ayat biasa, apa yang akan berlaku ialah TIADA IMPAK untuk mereka.
Contoh ayat yang selalu digunakan:
Melihat kabah langsung dalam jarak dekat dan berkesempatan berziarah ke makam Rasulullah.
Untuk menjawab kerinduan anda, pastikan perjalanan ibadah umrah anda lancar bersama Ansar Tours yang sememangnya berpengalaman sejak tahun 2010.
– Hotel 5 bintang, berdekatan dengan masjidil haram.
– Penerbangan kelas eksekutif, direct flight (penerbangan terus, no transit).
– Mutawif yang berdaftar.
Insya Allah, pasukan kami sentiasa memberikan yang terbaik untuk anda!
PROMOSI: Rebat RM500 untuk 10 orang pertama untuk bulan Februari 2023 ini!”