Ustaz Abdullah Khairi Marah di Mekah


Dalam mengerjakan apa ibadah sekalipun, terkadang dugaan Allah masih juga tidak henti.

Adakalanya kita kecewa dengan apa yang terjadi, tapi kalau itu ketentuanNYA, maka kita kenalah redha.

Inilah yang terjadi kepada Ustaz Abdullah Khairi bersama jemaah umrahnya baru-baru ini. Meskipun kejadian ini atau isu ini berada di luar kawalan beliau, tapi jelas menunjukkan yang ia juga boleh berlaku kepada sesiapa sahaja.

Maksudnya perkara yang sama juga boleh terjadi kepada TA atau mana-mana travel agent yang membawa jemaah sewaktu menunaikan umrah.

Sejak sempadan dibuka (pandemik covid), kita dapati kemasukan jemaah untuk mengerjakan umrah dan haji terlalu padat. Dan ini membuatkan ada pihak ketiga yang mengambil kesempatan.

Kalau sebelum ini apabila bilik telah dibooking, kita dah tak perlu runsing lagi mengenai penginapan. Tinggal nak fokus pada ibadah sahaja.

Tapi sekarang bila-bila masa saja booking itu boleh dibatalkan oleh pihak hotel. Bila kejadian ini berlaku di hadapan mata, waemah Mutawwif sendiri akan pening kepala.

Memang benar jemaah sudah bayar semua sekali caj dan payment yang dah dipersetujui bersama. Tapi di hujungnya, pihak host atau pengurusan penginapan di hotel mengubah booking begitu saja.

Paling terbaru pihak hotel membatalkan tempahan yang telah dibuat bayaran… semata-mata hendak memberi laluan kepada bayaran hotel yang lebih tinggi. Jelas penipuan atau SCAM telah berlaku.

Tapi itu kira “okay” lagi. Ada lagi isu yang lebih menekan jemaah iaitu, pihak hotel terus membungkus kain baju jemaah dan letakkannya di luar bilik dan di lobi. Bilik jemaah dimasuki begitu sahaja!

Allah… sedih juga mendengarnya.

Cuma jika direnungkan sehabis baik, dugaan ini bukan sahaja diterima oleh jemaah umrah, tapi TA atau agensi umrah juga terpaksa terima tempiasnya.

Jemaah umrah salahkan agen umrah/travel agent, walhal travel agent sendiri kena “scam” dengan pihak hotel.

Moga Allah permudah semua urusan jemaah dan travel agent kita di sana. Kepada jemaah atau peserta umrah, anggaplah ini sebagai dugaan yang Allah nak beri. Terima dengan redha.. moga kita mendapat umrah yang mabrur… amin…. ya rabbal alamin…